CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 19, 2008

FUNGSI GPS

Seperti yang diketahui umum, sistem navigasi GPS boleh diterjemahkan sebagai peta bergerak yang memudahkan kita mencari lokasi tujuan dengan mudah. Ia mengesan kedudukan semasa dan jarak perjalanan lokasi selepas data dimasukkan.

Dalam kebanyakan sistem navigasi moden dengan sistem chipset SIRFIII, ia turut memberi maklumat kelajuan, jarak perjalanan dan kadar masa yang diambil untuk tiba ke satu-satu destinasi.

Navigasi moden juga biasanya didatangkan dengan modul suara (voice navigation) yang memberi arahan suara kepada pemandu untuk menukar arah, membelok dan memasuki simpang atau tersalah jalan.

Kebanyakan unit moden juga didatangkan dengan skrin sesentuh dan bateri yang tahan sehingga lebih lima jam. Ini adalah antara ciri-ciri yang perlu diambil kira sebelum membeli sebarang unit GPS.

Selain memberi panduan jalan, kebanyakan GPS turut memberi panduan tempat-tempat menarik atau ditandakan sebagai POI (Point of Interest).

Pengeluar peta yang baik dan kerap dikemaskini akan memberi maklumat mengenai POI menerusi kepelbagaian kategori seperti hospital, stesen minyak, restoran, hotel dan sebagainya.

Kadangkala anda akan berhadapan dengan masalah mencari lokasi apabila menggunakan fungsi alamat (Adress) atau Jalan/Persimpangan (Interchange).

Ini berlaku kerana sesetengah data yang dimuat masuk oleh pembekal tidak sama dengan yang diterima dalam sistem. Ia boleh terjadi kerana komplikasi nama atau singkatan seperti huruf besar dan kecil, singkatan (Jln.- Jalan, Sg-Sungai), dan pelbagai lagi. POI boleh membantu anda untuk pencarian sekunder.

Sistem GPS menggunakan kumpulan sekurang-kurang 24 satelit aktif di orbit bulatan pertengahan. Kumpulan ini mempunyai tiga satelit simpanan, sekiranya ada yang rosak. Setiap satelit mengelilingi Bumi dua kali tepat setiap hari pada altutud 20,200 km. Orbit ini dijajarkan supaya sekurang-kurang empat satelit terletak dalam garis penglihatan (LoS) dari mana-mana tempat di Bumi. Terdapat empat satelit dalam setiap daripada enam satah orbit. Setiap orbit dicondongkan 55 darjah daripada satah khatulistiwa, dan jarak hamal nod naikan berbeza 60 darjah.

Jalan penerbangan satelit ini diukur oleh lima stesen monitor di seluruh dunia (Hawaii, Kwajalein, Pulau Ascension, Diego Garcia, Colorado Springs). Stesen utama Kem Tentera Udara Schriever akan memproses cerapan ini dan menghantar sebarang pengemaskinian melalui stesen di Pulau Ascension, Diego Garcia dan Kwajalein. Kemaskini tersebut menyelaraskan jam atom setiap satelit sehingga 1 mikrosaat, dan

juga membetulkan efemeris model orbit dalaman satelit supaya sepadan dengan pemerhatian satelit tersebut dari darat.


Setiap satelit berulangkali memancarkan waktu tepat mengikut jam atomnya bersama-sama dengan paket data. Data tersebut mengandungi unsur berorbit kedudukan jitu satelit, mesej status satelit, dan almanak anggaran kedudukan setiap satelit aktif lain. Almanak ini mebolehkan penerima GPS menggunakan data daripada isyarat satelit yang paling kuat untuk mencari satelit lain.

0 comments: