CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 16, 2008

Fungsi 3.5G

3G ialah singkatan untuk Third-Generation atau Generasi Ketiga teknologi telefon bimbit. Teknologi 3G secara ringkasnya adalah satu sistem yang membolehkan pengguna berkomunikasi secara video dari telefon bimbit ke komputer riba. Selain itu pengguna juga boleh memuat turun lagu dan video dengan kadar sepuluh kali ganda lebih pantas berbanding teknologi 2G.

3G juga adalah teknologi rangkaian telekomunikasi tanpa wayar yang membolehkan video, audio dan data dihantar lebih cepat menerusi satu rangkaian jalur lebar tanpa wayar berbanding teknologi sedia ada.

Teknologi yang semakin popular ini juga memberi perkhidmatan tanpa batasan seperti tayangan televisyen, pertunjukan multimedia, sidang video langsung, pelayaran laman web, emel, pesanan segera (instant messaging), sebagai mesin faksimili dan petunjuk peta. Telefon 3G lebih nipis, kecil dan menarik yang dilengkapi kamera dan video berkembar kini dilengkapi alat pejabat kecil yang membenarkan pengguna menyambungkan secara langsung dengan e-mel mereka.

3G bersandarkan keluarga piawaian Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) di bawah rancangan Telekomunikasi Bimbit Antarabangsa (IMT-2000). Teknologi-teknologi 3G membolehkan para operator rangkaian menawarkan lebih banyak perkhidmatan lanjutan serta mencapai keupayaan rangkaian yang lebih unggul melalui kecekapan spektrum yang diperbaiki. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut termasuk telefoni suara wayarles kawasan luas dan data wayarles jalur lebar, dengan kesemua ini dibekalkan dalam sekitaran bimbit.

Berbeza dengan rangkaian-rangkaian IEEE 802.11, rangkaian-rangkaian 3G merupakan "rangkaian telefon bimbit kawasan luas" yang berkembang untuk merangkumi capaian internet kelajuan tinggi dan telefoni video. Rangkaian-rangkaian IEEE 802.11 merupakan rangkaian julat dekat dan lebar jalur tinggi yang dibangunkan, terutamanya untuk data.

Menurut Persatuan Pembekal Telefon Bimbit Sejagat, 100 buah rangkaian 3G telah beroperasi di 40 buah negara, menjelang akhir tahun 2005. Jepun adalah negara pertama yang memperkenalkan sistem 3G, kerana selera meluas rakyatnya terhadap telefon digital berteknologi tinggi. Di Asia, Eropah, Kanada dan Amerika Syarikat, syarikat-syarikat telekomunikasi menggunakan teknologi W-CDMA dengan sokongan daripada sekitar 100 buah reka bentuk terminal untuk mengendalikan rangkaian-rangkaian bimbit 3G.

Di Malaysia, syarikat Ericsson Malaysia, merupakan syarikat yang pertama membawa konsep 3G ini. Demonstrasi 3G tersebut dilakukan pada tahun 1998 menunjukkan pelbagai fungsi 3G, dan van 3G digunakan sebagai langkah untuk mempromosikan teknologi ini.

0 comments: