CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 16, 2008

Bagaimana panggilan telefon dibuat dan diterima

Telefon bimbit menghantar dan menerima isyarat radio dengan beberapa stesyen pengkalan tapak sel yang dilengkapi dengan radio gelombang mikro. Tapak ini biasanya dipasang pada menara, tiang atau bangunan, dan terletak di seluruh kawasan berpenduduk, kemudian dihubungkan kepada system suis dan jaringan komunikasi berkabel. Telefon memiliki pemancar berkuasa rendah yang memancar suara dan data kepada tapak sel terdekat, biasanya tidak lebih dari 8 hingga 13 km (sekitar 5 hingga 8 batu) berhampiran.

Apabila telefon bimbit atau peranti data dipasang, ia mendaftar dengan Pusat Pertukaran Bergerak (‘’Mobile Switching Center’’), atau suis, dengan pengenalan uniknya, dan kemudian ia boleh diberitahu oleh suis boleh gerak apabila terdapat panggilan masuk. Telefon bimbit itu mendengar secara berterusan bagi isyarat terkuat di terima dari stesyen pengkalan sekeliling, dan mampu untuk bertukar dengan lancar antara tapak pemancar. Ketika pengguna bergerak dalam jaringan, peralihan dilakukan bagi membenarkan peranti beralih tapak tanpa menganggu panggilan.

Tapak sel biasa berkuasa rendah (seringkali hanya pemancar radio satu atau dua watt) yang memancar kehadirannya dan menyampaikan perhubungan antara set telefon bimbit dan suis. Suis itu kemudiannya menyambung panggilan kepada pelanggan pembekal khidmat tanpa wayar atau kepada Jaringan Telefon Awam -PSTN, yang termasuk

jaringan pembekal tanpa wayar yang lain. Kebanyakan tapak ini disamarkan bagi bersatu dengan persekeliling, terutama di kawasan desa.

Jaringan generasi ke tiga (3G), yang sedang dilaksanakan, bermula di Jepun pada 2001. Ia digital sepenuhnya dan menawarkan capaian data pantas tambahan kepada perkhidmatan suara dan termasuk W-CDMA (dikenali sebagai Universal Mobile Telecommunications System - UMTS), dan CDMA2000 EV-DO. Cina pula melancarkan teknologi generasi pada piwaian TD-SCDMA. Pengendali menggunakan campuran jalur frekuensi yang telah ditetapkan oleh keperluan jaringan dan peraturan tempatan.

Sebagai usaha bagi menghadkan kerosakan memiliki pemancar hampir dengan tubuh pengguna, telefon selular pertama memiliki pemancar antenna berasingan pada kenderaan, dan set tangan (dikenali sebagai “telefon kereta” dan “telefon bag”) dihadkan pada maksima 3 watts Kuasa Pemancar Berkesan (‘’Effective Radiated Power’’). Telefon sel moden yang mempunyai antenna yang dipegang beberapa inci dari kepala dihadkan pada kuasa pemancer 0.6 watt ERP. Walauapapun potensi kesan biologi, jarak pemancar dikurangkan bagi telefon moden menghadkan kegunaannyai luar bandar berbanding telefon kereta/telefon bag, dan telefon bimbit memerlukan menara sel dipasang lebih berdekatan bagi menangani kekurangan kuasa pemancar.

Sesetengah telefon bimbit termasuk port antenna tambahan pada belakang telefon, yang membenarkannya disambung kepada antenna luaran besar dan penguat selular 3 watt. Selain itu di kawasan penerimaan tepi, pengulang selular mungkin digunakan, yang menggunakan cakera antenna penerima tinggi jarak jauh atau antenna yagi bagi berhubung dengan menara sel melebihi julat biasa, dan pengulang bagi menyiarkan semula pada antenna kecil jarak dekat yang membenarkan telefon sel dalam beberapa meter untuk berfungsi dengan baik.

0 comments: